Resepi Spageti Goreng

By : Sunday, August 20, 2017 Ada : 0 Comments Labels :
Assalamualaikum..Lama seyh tak update blog..teringin,tapi kerajinan tu takde huhu..So straight to the point,semalam teringin sangat nak masak spageti goreng ..tambahan pula keesokannya mak takde,so takut abang ngan ayah aku lapar plak kan (ceyh anak mithali banget kihkih)..Actually family aku ni tekak melayu..cuma abang sulung dengan aku boleh terima la selera western ni..mudah je spageti goreng ni kan..belambak resepi kat google..so this is my way of cooking it..

Bahan-bahan :

1. 1 paket spageti Kimball (Kimball murah)
2. Kiub pati/stok ayam (2 ketul)
3. Cili kasar
4. Cendawan (aku guna cendawan shitake sebab tengah promosi XD)
5. Lada benggala
6. Bawang putih (4 ulas dicincang)
7. Bawang besar (potong kecik)
8. Ayam (secukupnya..potong kecik)
9. Cili kisar (untuk selera melayu..2 sudu besar)
10. Garam

Cara-cara :

1.Tumis bawang putih dan bawang besar.Sambil tu rebus la spageti tu ye..

2. Agak-agak dah layu sikit bawang tu masukkan cili kisar..kacau2 sikit pastu masukkan sebanyak mana cili kasar yang anda mahu..kalau aku suka pedas so aku letak banyakk..

3. Biar tumis kejap ya lepastu masukkan ayam..Masukkan kiub pati ayam kita..

4. Lepastu agak-agak ayam tu dah nak masak atau masak masukkan la sayur kita (cendawan + lada benggala)..aku suka lada benggala sebab dia manis..pastu kacau2..kalau rasa kering sangat,tambah air sikit..pastu masa ni letak la garam ke serbuk perasa ke kalau rasa terkurang ke apa..

5. Pastu bila tengok cendawan macam da lembut sikit masukkan spageti kita...pastu kacau2 la dia..

6.Siap!!




Memang sedappp..ayah ngan abang makan sampai tambah :D ..abah kalau makan spageti bolognese dia tak akan tambah..so yang ni dia tambah maknanya dia suka la an..jimat la buat spageti ni berbanding kalo buat bolognese ke carbonara ke..sebab kuah dia dalam tin tu mahal huhu..beli satu tin takut tak cukup so kena beli dua..beli dua dalam 8 ringgit lebih..kalau buat spageti goreng ni bajet under Rm 20 pun you are good to go..

Sayonara

Program Pembangunan Pelajar Tajaan YTN 2017

By : Thursday, February 02, 2017 Ada : 0 Comments Labels :
Assalamualaikum..Dalam post kali ni nak cerita pasal program pembangunan pelajar tajaan ytn atau dengan kata mudahnya kem lah haha..kem ni berlangsung selama 5 hari 4 malam..4 hari 3 malam di RhR Hotel@Uniten dan selebihnya di Kem Lembah Azwen Resort.Kem ni sebenarnya macam orientasi la untuk pelajar new intake dan juga pelajar 3rd year ipta and also pelajar overseas.Macam nak merapatkan lagi la antara senior dan junior,nak bagi kenal2 gitu..and overall i really enjoy this camp.Memang rasa syukur la sebab layanan dari pihak ytn memang terbaik la..dapat duduk hotel,memang syok ahaha..berat badan pun makin bertambah aik hahaha..


Gambar atas ni masa mula2 sampai di hotel..kira majlis perasmian oleh pengarah ytn,Dato' Sha'ari yang pakai baju kuning kat dalam tu..masa perasmian tu dia bagi talks sikit la *actually a looong talk XD* pasal tnb and how is it feel to be working with tnb..dan ye,kami scholar ytn memang ada bond kena kerja dgn tnb selama 6 tahun for local..7 years for overseas student..dan masa ni juga ada briefing dari pihak ytn mengenai kontrak biasiswa ni..from this briefing session,i learn that we should not be a traitor to our sponsor..penaja dah keluar banyak duit untuk taja pengajian kita and in the end of the day kalau kita tak nak berbakti balik untuk penaja,tak ke macam tak amanah..sangat tak elok la..

Sepanjang 4 hari kat hotel ni,aktiviti kami diurus oleh pihak Kuiscell dan diketuai oleh pakar motivasi Encik Khairul kalau tak silap aha..memang seronok sangat aktiviti2 tu semua..kita dibahagikan mengikut kumpulan dalam 9 orang satu group and boleh kata in every aktiviti kita kena compete sesama group and at the end of the activities kita akan bincang mengenai maksud tersirat di sebalik game yang kita main tu haa gitew..kalau tengok gambar bawah ni,kitorang baru lepas main game yang memang memenatkan lagi melenguhkan aha nak kasi story pun tak larat ahaha..apa kabar semua hahaha *tagline Encik Khairul*..hari terakhir kami bersama Kuiscell diisi dengan slot ringkas tapi padat oleh Ustaz Don..terkejut tau bila dengar dia nak datang,ingt depa memain dengan kami ahaha..


Dengan coursemate UTM-FKE
Di Lembah Azwen

Selepas checkout dari hotel pada hari ke 4 tu,kami angkut semua barang kami dan naik bas ke Lembah Azwen..sampai je kat situ terus makan ambik kunci semua kami terus di bawa ke sesi ice breaking oleh instruktor outdoor iaitu abang Kucai ahaks..kelaka abang ni..i can pretty much say hari ke 4 ni hari yang paling penat hawau..kami buat banyak gila benda yang drain our energies in one freaking day!! πŸ˜ͺ lepas je ice breaking tu we were divided into groups of 12,kena balance ketinggian and genders..lepastu buat aktiviti ala2 kat plkn tuh..yeah it was fun but my clothes were covered with sands and muds huh..and the last part of aktiviti ala2 plkn tu adalah kena masuk dalam terowong kecil yang tinggi..lemme tell yaa,i was really scared during this part..rasa macam tak leh buat sbb tetibe rasa macam fobia sangat sbb terowong tu sempit ya amat..dah la basah and ada batu..memang sakit lutut la..bila half way through terowong tu,memang rasa anxiety sebab rasa macam nak quit but i can't sbb kat depan and belakang ada orang lain..

rasa lega sangat sebab aku dapat atasi ketakutan dalam diri ni..and right after that,kitorang boleh gi makan and solat semua and kena gather balik pukul 2 petang..ha masa ni kena pakai jaket keselamatan and kitorang dilatih macamana untuk terapung and meniarap dalam tasik yang sedalam 6 kaki tu..memang tak jejak kaki woi..kitorang dilatih macamni sebab nak bagi kami konfiden masa dalam tasik nanti untuk the next activity which is bina rakit sendiri(in group) from scratch..dapat tong besar 4 bijik,kayu panjang 6 batang dan tali..memang payah nau nak bagi ketatkan ikatan tu semua..tak leh longgar sikit pun sebab takut tak capai the enough stability masa dalam tasik nanti..and bila dah siap buat rakit,instruktor cakap "k semua group switch rakit kamu"..we were like πŸ’© ..nasib baik la dapat rakit yang kukuh lagi perform haha..pastu buat game la group mana yang cepat sampai dia yang menang haa gitu..


And for the most exciting part..petang tu kami buat jungle trekking yall..this one was bloody exhausting..kami jalan selama 5 jam lebih..and yang tak leh bla last2 tu kami sesat,sepatutnya ke kanan,tapi kami ke kiri..bila dah ke kiri tu apak dia naik bukit je selalu penat gila sumpah tak tipu..bila sampai dekat kawasan tanah merah yang berbukit ni and jumpa gaung je kat depan tu(jalan mati),memang time tu jugak aku carut2 je dalam hati tak lawak dowh jalan penat2 pastu SESAT πŸ’©..then kami freaking patah balik la woi pastu pegi ke arah kanan yang mula2 sekali tu..then baru la nampak jalan raya maka ketahuilah kami bahawa kami sedang menuju ke jalan yang benar gitu ahaks..and masa tu ada van tnb datang amik girls..aku ape lagi bersyukur tak sudah sebab memang penat rasa macam nak meninggal je time tu haha..eventhough perit pengalaman jungle trekking ni,tapi memori ni memang aku akan kenang selalu..through this hardship,kami dapat eratkan lagi hubungan antara kami..balik je dari hutan tu dalam kul 11 malam lebih.terus gi makan..lapar terox yall..dan keesokan tu ada aktiviti sikit then pulang semula ke hotel untuk di pick up oleh parent sekalian..tu je kot story saya kali ni ahaks bye penat taip bebanyak..πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ’‹

Sayonara