Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

By : Thursday, April 14, 2016 Ada : 19 Comments Labels :
Assalamualaikum.Sedar tak sedar dah dekat setahun aku tak update blog ni..huhu..aku sibuk...sebab selama setahun aku jadi pelajar pasum..pasum tu apa? baca balik tajuk post aku ni..Pada 23 Mei 2015,aku daftar diri sebagai pelajar pasum di Kolej Kediaman Ungku Aziz atau Kolej 11..tapi aku belum officially pelajar pasum time tu..sebab seminggu kemudian baru kami officially pelajar pasum..sebabnya pendaftaran sebagai pelajar pasum dijalankan di bangunan pasum..so kiranya masa 23 mei tu kami daftar diri sebagai pelajar kuaz..

Aku ambik aliran sains fizikal kat pasum ni..pasum sc fizikal ni memang first choice aku kat upu..so alhamdulillah Allah bagi apa yang aku nak..sebenarnya aku tak aim sgt pun pasum..aku lebih favour pada matrik,sbb nya aku nak ikut jejak abang aku kononnya..tapi memandangkan UM ni kat kl je(aku stay putrajaya) and matrik yg aku dpt tu kat N9,so aku pilih pasum..lagipun pasum ni memang diwar-warkan bukan senang nak masuk and yg masuk mostly top scorer..and YES that's true..belambak budak yang dapat stret a kat pasum ni...stret a pelas pun ada..paling rendah pun 7A la yg pernah aku jumpa..


ha ni gambar kelas aku kat pasum..kat pasum sistem dia camni..contohnya untuk sains fizikal,akan terbahagi pd 2 grup..fizikal 1 dan fizikal 2..satu grup tu dalam 200 lebih pelajar..dan dalam setiap grup pulak akan terbahagi pada grup kelas2 kecil..contoh dalam fizikal 1,ada kelas FA,FB,FC,FD..manakala fizikal 2 ada kelas FJ,FK,FL,FM..macam aku ni kelas FC3..maknanya aku ni fizikal 1 dan kelas FC yang ketiga..dia randomly letak je..ko kelas ke3 bukan bermakna ko bengap ke apa..haha..dalam setiap kelas tu dlm 20 lebih je..kelas aku 18 orang je..so apa function dia buat kelas FC,FA dan sebagainya ni? kita akan buat aktiviti lab dengan grup ni la..contoh FC1,FC2 dan FC3 akan buat dalam satu lab untuk sbjk kimia dan fizik..and sistem grup ni also applies for budak hayat..

Antara kenangan paling manis sepanjang duduk pasum ni ialah minggu orientasi dia..memang best la..aku enjoy sampai tak ingat dunia..ceh tipu..kalo fp(fasilitator pljr) suruh menari,aku menari..kira camtu la..aku enjoy every moment spjg minggu tu..tp ada jgak la sesetengah spesis yang macam nak makan kaki..lol..yela ada la sorang ni..aku perasan dia tak pernah participate..kaku je..apa masalah pun aku tak tahu..untuk adik2 junior,please enjoy every moment during orientation week..sebab korang akan rasa betapa pahitnya minggu2 yang akan korang lalui nanti and it isn't that good trust me..


ni gambar masa lab terakhir kimia..tajuk Molecular Geometry tak silap aku..hehe mmg best..btw ni jela budak perempuan dalam kelas aku..haha 4 kuntum bunga + 14 kumbang-kumbang..haha memang standard la dalam fizikal perempuan lebih sikit dari lelaki(best apa..hehehe)..sem 1 aku ok je result..walaupun final sem 1 macam taik tapi result aku macam beyond apa yg aku jangkakan..and as i already expected,final sem 2 lagi taik..hmmmm tak tau la cmana rupa result aku..harap-harap tak lebih teruk dari sem 1..kat pasum ni tak susah untuk excel,ko just kena rajin buat tuto and fokus lecture..tapi yang taiknya,ada je spesis yang tak buat tuto tapi dapat 4 flat kat sini..tak faham aku,,haha..


ni roomates aku kat kuaz..hehe tanpa diorang aku tak tau camana nak survive hidup kat sini..sepanjang duduk pasum ni dah dekat 6 kali kot aku gi boat noodle..haha sedap gila kot..dahla dekat gila ngan UM..ko naik teksi dalam 5 minit je dah sampai kalau tak jem..roomate aku ni ada orang ganu,sarawak ngan selangor..haha semua stret A kau hahaha..aku rasa aku dah tak nak kot jadi cikgu,sebab aku benci main ngan budak..tak kuasa aku nak layan..lol tak de la benci tapi x de feel nak main ngan budak2..aku hajat nak major in electrical engineering selepas fights by fights dengan mak aku..aku plan nak amik math or chemical engineering tapi tiada persetujuan ..ntah la aku dah malas nak gaduh,aku ikutkan je..k lah bye aku dah malas nak typing..mereput je bhai duk umah ni..

Sayonara


19 comments:

  1. haii..blogwalking sini..sya pn dah 2 thn x update blog hahha >_<.. jom tgk entry trkini..
    http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/im-back-with-new-face.html

    ReplyDelete
  2. Assalam sis. Pelajar pasum disarankan bawak laptop ke??? Reply ASAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dik..sorry lambat reply..akak baru sedar..kalau adik pelajar hayat,tak payah bawa pun x pa..lain la kalau fizikal,sbb kalau programming boleh testing kat laptop..

      Delete
  3. Assalam sis. Pelajar pasum disarankan bawak laptop ke??? Reply ASAP

    ReplyDelete
  4. Result spm akak berapa? Susah eh belajar kat pasum ni? Pointer akak berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. spm dapat 9a..susah kalau tak buat tutorial dan main2 quiz..sem 1-3.89..sem 2-4.0

      Delete
  5. Salam akak nak tanya , nanti kalau quiz exactly y lect ajar ke ? Senang ke nak score quiz ? Biasanya quiz ni every week ke ? Tq ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..yup exactly macam yg dia ajar..senang je kalau kita rajin buat tutorial..soalan lebih kurang dalam tutorial je..tak every week..mgkn 2 minggu skali,tak ingt setepatnya brpe kali..tp bukan setiap minggu..

      Delete
  6. kalau saya letak PASUM as 2nd choice agak boleh dapat tak? saya 9A 2B sbb tu saya tak letak as a first choice. Harini last isi so patut tak tukar? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak letak 1st choice ke? kalau mmg btul2 nak pasum better letak 1st choice..9a 2b tu ok sgt dh..6a pun ada yg dpt pasum..insyaAllah boleh dpt tu..layak sgt

      Delete
  7. Hi. Saya letak um first choice. Ukm second choice. But then, dpt iv for ukm. Is that mean I got rejected by um ?

    ReplyDelete
  8. kalau dari kolej kediaman nak pergi pasum jauh ke? kene jalan kaki atau boleh bawak kenderaan? basikal etc hihi. lepastu wajib ke bawak laptop untuk student asasi sains fizikal? ty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh kolej ke pasum. Kalau jalan kaki 15 minit. Saya naik basikal setiap hari kalau ada kelas. Pelajar pasum tak boleh bawak kenderaan bermotor. Pelajar asasi sains fizikal tak wajib pun bawak laptop sbb belajar sains com dekat makmal com

      Delete
  9. Hi, Assalamualaikum, saya ada baca kat few blogs yang cakap no need to do x-ray and blood test. untuk sesi 2017/2018 pun sama ke? for local students. Hope to hear from u soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI,waalaikumussalam..Masa sesi saya (2015/2016),memang kena buat..kalau batch baru ni saya tak berapa tahu..tapi seingat saya la,kalau pelajar pasum sambung degree kat um,mmg x yah x ray lagi(kalau blood test x sure)..pape pun kena tengok borang maklumat pasal perubatan ni dulu(utk pasum punya la)

      Delete
  10. Nak tanya time kt pasum mmg boleh pakai baju kurung dan jubah sahaja ke? Blouse dgn skirt tk boleh pakai eh?

    ReplyDelete

Sorry kalau lambat reply..
if ada urgent questions,do email me at (nurnajihahbtanuar@gmail.com)..